FJ

FJ

Thursday, February 21, 2013

9 tahun bersama...

Aku tidak harap kalian akan sedar kewujudan luahan ini..
haha..bukan apa, aku ini pemalu jika kamu yang membacanya..
tapi apa yang kita kongsi bersama..
pejam...celik..gosok-gosok kelopak mata..
sudah 9 tahun aku mengenali kalian..



sepanjang itu..
banyak yang telah kita lalui..
baik berseorangan ataupun bersama-sama..
Ya... ia banyak mengajar, menbentuk siapa kita sekarang...


Walaupun kita sibuk mengejar cita-cita..
aku cukup hairan..
kita masih bersama.. ketawa, suka dan duka..
meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan pasti memberi cabaran pada kita..
namun aku tidak pernah bimbang..
dengan kalian yang tak pernah jemu bersamaku..
berilah apa sahaja.. aku yakin kita mampu mengharunginya..
doa ku agar persahabatan indah kita ini kekal hingga ke Jannah..AMIN! =)