FJ

FJ

Thursday, March 21, 2013

ALLAH tetap bersama hambaNYA..

Pada suatu tengah hari yang agak terik..
Aku berlalu menuju ke surau di tingkat 6, FSK6 (Fakulti sains Kesihatan)
Ketenangan mula aku rasakan..
Angin ibarat rahmat yang menyejukkan badan..
Tiba di surau, aku bingkas ke tempat untuk berwudu'..
Dalam perjalanan.. bersuara hati ku.. 

"Dalam seberapa waktu ini..aku hanya adaMU Ya ALLAH.."

Tiba-tiba...
bagaikan suara sayup hatiku ini terbalas...

........ itu "dia".........

dengan wajah yang basah.. mungkin wudu' agaknya..
dia berlalu di hadapanku.. melihat diri ku.. aku melihat dirinya..
dan kami terus berlalu.. dia ke ruang Solat Hawa.. aku pula ke tempat berwudu'
ketika itu.. aku berharap masa berhenti..

"tak tergambar dan tak terucap kata-kata 'uniknya' perasaan aku ketika itu"

Selepas selesai Solat Zuhur..
Hatiku terdetik.. "dia" juga mungkin disebelah...
Lalu aku menadah tangan kembali..

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku hambaMU yang lemah lagi alpa..
Apakah petunjuk yang cuba KAU berikan kepadaku..
Jika "dia" adalah seseorang dalam hidupku.. 
Aku bersyukur padaMU Ya ALLAH..
Jika tidak ini semua telah ketentuanMU Ya ALLAH..
Aku terima dengan redha"

Tiba-tiba.. menitis.. berderai..
perasaan gembira..
kerana aku tahu..
apa sahaja yang berlaku..
ALLAH tetap bersama hambaNYA..

Monday, March 18, 2013

Pernah..

Kau.. tunjuk aku..
beri aku..
tapi sekarang.. heh..(tergelak kecil)
aku sendiri tidak tahu..
perlukah aku bercerita.. 
Muntahkan semua yang membuak-buak didalam ini..

Mungkin yg tepat adalah "pernah" ..
Kerana kesilapan itu normal dalam hidup manusia..
dan pada taraf ini.. manusia biasa..
penuh dengan salah dan silap..

Tak mengapa..
itu semua cikgu kita yang tegas..
mensiapkan diri kita..
untuk hadapi masa depan yang lebih bermakna..

Kau mungkin sudah berjaya..
Aku? aku masih disini...
seperti dahulu..
cuba beralih ke arah lebih positif...
sepuluh jari ku tadahkan padaMU ya ALLAH..
Kebahagiannya.. juga milikku.. AMIN.. =')

Wednesday, March 13, 2013

Peralihan..

Aku akui hidup ini bukanlah lagi seperti zaman kanak-kanak dulu..
Semua perkara seronok.. semua perbuatan bebas..
tiada masalah..tiada diskriminasi..tiada perjudis...
Sehinggalah sampai masanya kita sedar...
Hidup bukanlah semudah yang disangka..

Sehingga setiap perbuatan menimbulkan tanda tanya dihati...
"Apa aku dah buat ni?"

Kita mula mencari jalan keluar..tetapi tidak cuba untuk menerima seadanya..
Apabila semuanya serba serabut..
Kita mula menyalahkan semua..

"habis satu dunia kau sumpah!"

Aku tahu kerna aku pernah melaluinya..
Sungguh! aku tahu akan peritnya..
tapi aku belajar dari semua ini..
Aku belajar untuk bangkit..
Terima perubahan...
Serap kematangan..

Friday, March 1, 2013

Adik-adikku..

Aku lihat kalian..
Aku mengerti apa yang kalian lalui..
Apa? tidak! aku tidak berpura-pura untuk cuba menyedapkan hati kalian...
Aku ini lihat pada umur saja kalian sudah tahu berapa banyak "Asam & Garam" telah aku TELAN!

Aku cuba untuk menjaga kalian..
Aku menyangi kalian..
Iyalah! kalian ibarat adik kepadaku..
Tapi aku tahu tidak cukup ilmu yang aku turunkan..
Tidak cukup pengalaman yang aku ceritakan..
Pastinya tidak cukup untuk kalian tempoh apa yang mendatang..

Tapi aku pasti kematangan pasti akan kalian rasa...
Kelakuan dan perbuatan yang "BODOH" tidak akan aku terima kerana itu bukan prinsip hidup aku dan aku mahu kalian juga begitu..

ALLAH itu sentiasa ada..
jangan sombong..air wuduk dan tikar sejadah jadikan teman dikala susah mahupun senang..
Keluarga..Kawan-kawan, itulah yang kita ada... YANG PATUT KITA JAGA!
Jagalah satu sama lain..itulah yang mampu aku amanatkan...

Jika aku mampu hendak saja aku disitu..
membimbing kalian agar tidak tersasar..
Perbaik..tetapkan semula niat kalian disitu..
Aku harap nukilan ini dapat kalian erti maksudnya..
Dan terus maju kehadapan..
Doaku sentiasa akan kesejahteraan kalian.. =)