FJ

FJ

Wednesday, January 16, 2013

Jika aku...tidak,hanya insan biasa..

Kesempurnaan bukanlah pada diriku,
Kelemahan jelas ditulis pada seluruh tubuhku,
Inilah yang aku sering katakan pada semua,
aku hanya insan biasa...

Terkadang aku mementingkan diri sendiri, 
terkadang aku menyakiti hati mu,
terkadang juga aku sering lupa bahawa diri mu juga punya perasaan,
tapi inilah hakikat..hanya insan biasa..

Jika aku punya kekuatan,
untuk menghadapi semuanya sendirian..
jika aku punya kesabaran,
untuk bertahan dengan semua dugaan..
jika aku punya keImanan,
untuk ku tangkis semua dosa dan onar..

hahaha..
tapi aku tidak punya semua itu,
aku perlu akan kamu..
ya,kamu..
kerana kita saling melengkapi,
kerana itu jugalah kita,
hanya insan biasa..

Sunday, January 13, 2013

Ooohh! si Polan!

Apa masalah kau..?
Wahai sahabat...aku bukan tidak boleh bertemankan kau..
tapi sayang, lagak mu itu...
ALAHAI!! hebat bagaikan 'hero' cerita tamil...

Aku adalah insan yang boleh menerima nasihat,pandangan dan juga teguran..
tapi dari kau..entah kenapa aku rasa sangat "LAYAK" bagi diriku...

Bagi aku kau hanya polan yang mengharap perhatian dan penghargaan dari insan lain..
malah aku lihat kau ini tiada indentiti sendiri..
'menirucopypaste' apa yang kau lihat..
kemudian hari bermegah kepada dunia bahawa kau lah raja...

Hahaha...hai lah polan..
kau marah aku panggil kau polan?
tapi itulah istilah paling tepat untuk diri kau...

Tak mengapalah..
maafkan aku wahai kawan...
berubahlah kau..
aku kesian melihat kau yang termakan keji yang bertopengkan puji oleh insan lain...
sedarlah..
kerana, perubahan itu perlu dalam hidup manusia...

Wednesday, January 9, 2013

Perlu kau tahu...

Jadi kau pilih ruang ini untuk membalas pertanyaan ku...
aku tak marah..
tak mengapalah....
tapi jujur ku cakap..
"LU BEST BABE MEMBER GUA!"
harap dirimu faham...
ya...aku tahu, perasaan memang nakal...
suka menjerat...
kejap rindu...kejap biasa saja...
aku hormat persahabatan..
dan hubungan yang kita pernah ada...
dulu mungkin ada..
tapi ia ibarat bunga...
layu, tapi memori ketika ia mekar tetap di minda..
aku perlu kau tahu..
dasar diriku memang begini..
tak mengapalah..
terima kasih sahabat... =)

Sunday, January 6, 2013

Seadanya Diriku...

Pedih, sakit dan jerih...
Ya, aku rasa semua itu...
Semua yang berlaku..
terpaksa aku akui..
Hampir memusnahkan diriku ini...

Tidak..
dendam tak pernah ku benarkan bersarang di hati ini..
Kerna semua itu hanya kesakitan dan penderitaan..
Aku sentiasa mahukan kebahagian kepada semua..
Biarpun aku yang akhirnya derita..

Pernah aku terbaca..
"hanya orang yang tidak berhati sahaja yang akan berkata tidak pada cinta"
dan aku ambil itu..
sebagai satu pengajaran..

Tetapi kali ini, aku mohon padamu Ya ALLAH...
Hati ini tidak sanggup terluka lagi..
Hanya PadaMU aku merintih..

Wahai kekasihku..
Jika engkau hadir..
aku berjanji akan menjadi yang terbaik buat mu..
Hanya jika engkau mampu menerimaku...
Seadanya...