FJ

FJ

Tuesday, May 6, 2014

Polan

Mari kita lihat apa si polan ini lakukan minggu ini...
Solat subuh...tidur..
Zuhur..tidur..
Asar..tidur..
Maghrib...termenung..
Isyak..tidur..

Kenapa dengan si polan?
Penat?Tekanan? atau cuma malas?
Ya.. malas hendak ku fikirkan masalah dunia ini..
Malas bila terkenangkan yang sentiasa didepan tidak pernah dapat dicapai..
Yang tidak dipandang sering merentap kebelakang..

Apa aku cuma lemah atau malang?
Mungkin kedua-duanya..

Tak mengapa.. ikut sahaja rentak dunia..

"Hormat cara orang..Faham kita berbeza,
Biar orang jadi orang..Biar kita jadi kita" - Cikgu wani ardy..

Mungkin benar.. Tapi persoalan terakhir pada si polan..
'Sampai bila kau mahu menyerah sahaja?'
Jawab polan ini... 'Sampai bila-bila jika semua bahagia'

Monday, March 10, 2014

Sengaja

Aku mengira detik-detik ini..

Aku tahu penghujungnya tidak lama lagi..

Tapi aku masih memendam..

Sengaja mencari alasan..atau mungkin sebab untuk rapat bersamanya...

Tidak mahu aku putuskan sesuatu yang indah ini..

Tak mengapa.. yang tahu akan rahsia ini hanya aku dan ALLAH S.W.T..

Tak mengapa.. yang menjadi tempat aku merintih hanya ALLAH S.W.T..

Nawaitu dihati ini aku pendam..

Jika ada peluang aku luahkan... itu aku janji pada hati ini..

Hati yang semakin hari penat dengan lakunan yang mantap lagi berkesan kepada dirinya...

Tapi untuk berapa lama lagi?  Aku hanya mampu mengeluh.....

Wednesday, February 5, 2014

Pohon kekuatan...

Aku belagak dalam malu..
Aku bising dalam sunyi..
Aku ruih dalam sepi..
Aku berani dalam ngeri..

Lalu aku tadahkan tangan..
Meminta pada ALLAH SWT..
Lacarkan perjalanan ku yang baru bermula..
jauh berbatu-batu...

Agak sentiasa berkat dan diredhaiNYA..
Aku Pohon Kekuatan...

Sunday, December 15, 2013

Pendam

Aku punya tabiat yang pelik..
bukanlah luar tabie'
cuma akan ku ulang sebuah lagu itu mungkin lebih 150 juta kali..
jika apa yang aku rasakan ketika itu sama...

Bak kata Yuna, lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku??
Begitu gambarannya...

Parah? Aku tahu...
aku sendiri tak mengerti...
Lebih lagi semenjak kebelakangan ini..

Aku rasa bagai kesuntukan masa...
masa untuk aku berterus terang tentang isi hati aku..
kepada si 'dia...'

'Dia..'
aku anggap sebagai teman..
jauh dekat.. tegur tidak...

Senyum yang sipu aku lemparkan kepada 'dia'...
dengan harapan 'dia' mengerti...

Mungkin aku yang pengecut...
berpegang teguh pada tiang 'persahabatan' katanya...
tapi akhirnya...

Sudahlah..mungkin aku bukan yang satu kau cari itu..
maafkan aku..
kerna dalam diam cinta itu muncul...
biar tiada siapa yang tahu kecuali aku..

Mungkin erti sebenar disini..
'Asal kau bahagia'
aku rela jadi si polan hipokrit pendam perasaan sendiri..

Ya.. Biar aku korban..
biar semua bahagia...
biar kau bahagia..
biar aku pendam perasaan itu...
pendam........

Wednesday, November 13, 2013

Kau nak kata apa?

Lama aku duduk dibawah.. 
Aku perlu angkat diri aku..
Aku usaha..
Aku cuba..

Setelah sedekad jatuh..

Doa Ibu Ayah..
semangat dan pertolongan
sahabat-sahabat yang amat kukasihi..
Akhirnya jatuh sebutir gula-gula atas telapak tangan 
Hasil usaha, penat dan keringat..
tidak begitu manis..
tapi indah dan ceria aku nikmati..

Namun yang kau harus dengki mengapa??

Aku sedar aku bagaimana cara aku dengan cara kau..
Aku rendah diri tak bermakna minta dipijak..

Aku hairan sangat...
Sebab kau sering khabar yang orang suka menunjuk..
membuatkan kau jelik..
tapi aku ini yang diam kau heboh satu kampung aku riak..??

Sekarang aku yang jelik dengan kau...?
Kau nak kata apa?

Friday, October 11, 2013

Sudahlah

Begitu jijik kah aku?
Sampai kau suruh orang lain?
Atau kau hanya sakit hati, lagi dengki dengan ketenangan..
Ketenangan yang aku perolehi setelah akhirnya berjaya lupakan kau dalam hidup aku..

Selama ini aku hanya terima semua ketentuan ini..
Tapi apa yang kau lakukan…
Sangat2 menyakitkan hati...
Tak mengapa, mungkin satu hari nanti aku akan faham apa yang kau lakukan…
Dan aku yakin yang aku akan hanya tersenyum…

Sebenarnya aku simpati pada kau…
Yang masih beranggapan aku ini terlalu mencintai kau..
Walhal aku sudah lupakan kau seabad yang lepas..
Aku punya teman2 yang menjaga dan mencintaiku lebih daripada kau pernah..
Teman2 ini juga yang pernah kau lunturkan dari hati aku ini…

Bagaimana?
Aku punya hidup indah sebelum kau hadir..
Mengapa tidak aku punya hidup lebih sempurna setelah kau tiada…
Mari bangkit…… Berikan tepukan yang gemuruh... tunduk hormat…

Tahniah… semuanya telah berlalu bagaikan tiada apa yang berlaku...
Kau berjaya buat aku hampir-hampir gila

Tapi kini aku sudah berubah..
Hidup lebih bahagia dari kau..
Pandangan sinis yang kau lemparkan setiap kali kita terserempak..
haha
Aku tahu kau cemburu.. dengki..

clishenya "Sudah cukup sudah"
Nampak tak sekarang siapa yang kalah??
Samdol! haha

Tuesday, June 11, 2013

Lebih teguh..

Saat ini, serba serbi kacau bilau..
Hura-hara bukan kepalang..
Salah aku mungkin tidak merancang..

Tiba-tiba Allah cuba menguji cintaku padaNYA..
makin teruk situasinya..

Tapi tiba-tiba..
seperti selalu..
Allah datangkan mama tercinta, biarpun melalui sambungan wayar dan isyarat..
Aku tetap bersyukur..

Selepas itu..
Allah datangkan teman-teman yang tidak pernah jemu..
untuk ketawa dan menangis bersama..
berkongsi apa sahaja..

Indahnya nikmat dariMU Ya Allah..
Aku mengerti semua ini untuk aku..
Lebih teguh..