FJ

FJ

Thursday, March 21, 2013

ALLAH tetap bersama hambaNYA..

Pada suatu tengah hari yang agak terik..
Aku berlalu menuju ke surau di tingkat 6, FSK6 (Fakulti sains Kesihatan)
Ketenangan mula aku rasakan..
Angin ibarat rahmat yang menyejukkan badan..
Tiba di surau, aku bingkas ke tempat untuk berwudu'..
Dalam perjalanan.. bersuara hati ku.. 

"Dalam seberapa waktu ini..aku hanya adaMU Ya ALLAH.."

Tiba-tiba...
bagaikan suara sayup hatiku ini terbalas...

........ itu "dia".........

dengan wajah yang basah.. mungkin wudu' agaknya..
dia berlalu di hadapanku.. melihat diri ku.. aku melihat dirinya..
dan kami terus berlalu.. dia ke ruang Solat Hawa.. aku pula ke tempat berwudu'
ketika itu.. aku berharap masa berhenti..

"tak tergambar dan tak terucap kata-kata 'uniknya' perasaan aku ketika itu"

Selepas selesai Solat Zuhur..
Hatiku terdetik.. "dia" juga mungkin disebelah...
Lalu aku menadah tangan kembali..

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku hambaMU yang lemah lagi alpa..
Apakah petunjuk yang cuba KAU berikan kepadaku..
Jika "dia" adalah seseorang dalam hidupku.. 
Aku bersyukur padaMU Ya ALLAH..
Jika tidak ini semua telah ketentuanMU Ya ALLAH..
Aku terima dengan redha"

Tiba-tiba.. menitis.. berderai..
perasaan gembira..
kerana aku tahu..
apa sahaja yang berlaku..
ALLAH tetap bersama hambaNYA..

No comments:

Post a Comment